Blog ?
Posted 2/4/17 // 1:09 AM

Okey, mula-mula nak cakap yang tak semua boleh jadi blogger sejati termasuk aku. Kalau diikutkan , zaman berblogging ni dah tak berapa famous sekarang. Banyak blogger-blogger dah delete diorang punya blog, tak leh nak log in masuk la.. aku hari tu pun nyaris tak boleh buka. Tak ingat email dan password punya pasal, Mujur tiba-tiba dapat ilham dan mampu berblogging macam sekarang. 

Image result for red velvet rookie gif

Firstly, apa itu blog ? 

blog ni tempat korang boleh taip apa sahaja korang suka biarlah visitor korang tak baca , ke baca ke.Lantaklah, janji korang happy dapat share apa korang nak. Orang yang tak suka bercerita banyak dari mulut sesuai lah guna blog ni. haha. Aku tak reti sangat pun nak bercerita dengan orang, banyak skip jalan cerita, siapa yang selalu dengar aku bercerita tu memang akan bosan. Jadi blog ni memang sesuai untuk aku. kah kah

Apa yang best tentang blog ? 

Emmm, apa yang bestnya.. selain sharing cerita.. korang boleh edit blog korang dengan apa design korang nak. Akan mengasahkan kreativiti korang lah~ dulu aku main blog ni saja saja je, tak tahu pun coding tu apa, main hentam je. Dah jadi ketentuan aku, masuk sambung belajar ambil jurusan Electronic and Information Technology. Tak terkejut pun, banyak coding dari blog ni membantu aku dalam bidang tu. 

Berapa tahun dah blog creamlovebunny hidup ?

Nak jadikan sejarah blog aku dah hidup dari 2012, sampai buruk jadi indah. dari tak tahu apa-apa sampai tahu fungsinya. Pelbagai tutorial yang aku buat untuk blogger lain, free doodle, free template, upah buat design blog, giveaway dan contest. Tak sangka T_T . terima kasih pada orang-orang lama yang telah support blog aku dulu.

p/s : Rasanya tu je kot, aku nak share setakat ni.. terima kasih semua~ bye
EXO ! im coming
Posted 2/3/17 // 1:44 AM

Tiba tiba terdetik di hati nak update blog + renew my blog skin. Dengan kemahiran yang ada, aku hanya mengambil masa satu jam sahaja untuk edit semua ni. HAHA. k~ . Tajuk yang aku pilih hari ini ialah "EXO , im coming" , apa tu ? haaaaaa.. Exo-L je tahu benda yang aku maksudkan ni. Aku bukannya fanatik sangat kat Exo ni. Semua group aku hentam, kebas . Dengar cerita, Exo nak datang kat Malaysia pada bulan March ni? . Bertempat di Stadium Merdeka.

Image result for exordium malaysia

Dah nama Exo datang Malaysia, takkan lah aku akan lepaskan peluang keemasan ni kan. Adik aku yang gila+excited pasal ni dan menjebakkan aku sekali. Aku pun On je la~ . Bukan selalu pergi benda-benda macam ni, bukannya buat benda haram. haha. Bolehlah test telinga dengar diorang nyanyi live camne. Benda-benda camni kena beli awal tiket, terima kasih pada kawan adik, tiket dah berjaya dibeli . 

Image result for exo gif

Bukan di bahagian pink, mahal sangat tu. Cat 4 pun dah cukup. huhu. Takdelah jauh sangat dan dekat sangat, suam suam kuku je. emmmm tu je~

p/s : bye ~
REVIEW : GOT 7 ( IF YOU DO )
Posted 1/15/16 // 3:54 AM


hye hye, aku newbie untuk menjadi peminat GOT7 oleh sebab lagunya yang best iaitu 

IF YOU DO

sebelum ni tak berapa minat pun diorang sebab lagunya tak beberapa menepati citarasa telinga aku . Apa yang menarik minat aku tentang lagu ni sebab aku rasa aku memahami lirik yang diorang nyanyikan. poyo sedikit di situ. 

music video IF YOU DO :

diorang cuba tunjuk yang diorang tengah kesakitan menahan perasaan sakit hati diorang kat pompuan tu.eaaaaa betul tak?. jalan ceritanya dengan lagunya aku tak akan faham kalau tak baca lirik. lepas dah memahami lirik lagu , baru faham. camtu lah. pastu pastu, ketua GOT7 iaitu JB semakin hot. pastu, aku suka kalau GOT7 nyanyi lagu macam gini. haha. Tapi music video diorang biasa biasa je macam music video group lain, nampak lah persamaan disitu takde nak gempak sangat. rating aku beri 8 / 10 . hahaha ikhlas dari peminat GOT7. 

 lirik/lyrics IF YOU DO 


If you do it’s GOOD, if I do it’s DONE
How can you always say that I’m wrong
You always want to win
Tears are your ultimate weapon
I was attracted to your confidence at first
But every day I went down on my knees
You magnified even my minor mistakes
And pushed me to the edge of the cliff
Well I love you anyway, that’s why I put up with you
Every day every night feel like a fool
You gotta know
Why why why are you always mad mad mad at me
Can we go back to the way we were
If you do it always becomes the right words
If you do I can never win
Suddenly you become a different person
When we get along well I get more nervous
If I do If I do
If I say something you always say let’s break up
So I can’t get any closer
Can’t deepen my love for you
Your major is saying the same thing over and over
You force me to do things to please you
I am tired of these trials with already known results
I’m desperate to break free
To you they’re just friends
To me they’re jerks who could be flirting with you
Another mistake, if you do it’s ok, but if I do huh

terbaik punya lagu ! rating aku bagi untuk lagu ni 10/10 sebab menepati dengan kehidupan aku masa abad ke 20. 
GOT7 4th mini-Album
p/s : okeylah itu sahaja, Korang boleh dengar lagu ini melalui Youtube , byebye.
2016
Posted // 3:34 AM

YEAY ! akhirnya dah dapat ber-blogging balik setelah sekian lama tak sentuh benda ni. Asyik-asyik lupa password tu yang haram nak buka blog ni. Insya-Allah tak lupa dah . kiki~ . Sebenarnya tak tahu nak post apa, tapi biarlah nak share sikit apa yg patut dan tak patut tentang aku bile dah 2016 ni ala ala jari jari aku rajin nak taip ni.EM, EM pada 2016 ni aku..

1) masuk semester dua sebagai pelajar di GMI ni 
2)  sudah berumur 19 tahun secara tidak langsung. 
3)  Bukan budak blogger yang active macam dulu lagi dah T_T . 
4) ada banyak kawan . haha. banyak kawan
5) gigit jari bile duit mara masuk
6) pada 1/4 officially umur 19
7) aku semakin tinggi
8) banyak kenduri tahun ni
9) banyak jalan2 cari makan
10) semakin cantik.ops

p/s: "perempuan itu menjadi cantik apabila keyakinannya tinggi".iklan radio THR GEGAR. 
OK DANKE~

learning GERMAN language
Posted 8/9/15 // 1:55 AM

Menggunakan kesempatan yang ada untuk meng-update blog.. yes ! akhirnya cita-cita kecil aku tercapai untuk belajar bahasa lain selain bahasa melayu dan inggeris. Walaupun ianya hanya permulaan buatku.. i will try the best. Dah lah first class German Language , apa lagi excited lah.Mula-mula belajar ABC.. lepastu belajar prkenalkan diri.. btw sangat seronok. 

ni sedikit sebanyak lah apa yang aku belajar nak share.

Selamat Pagi ( Guten Morgan )
Selamat tengahari ( Guten Tag )
Selamat petang ( Guten Abend )
Selamat malam ( Guten Nacht )

 Self introduction

1) Ich Haise ___  atau
2) Mein Name ist _____ atau
3) ich bin ____ ( nama )

contoh : Hallo, Ich bin Nurul Nabila binti Johan. 

oklah itu sahaja.. kalau ada kesempatan masa lagi aku hupdate. Auf Wieder'sehen !


GMI
Posted 7/24/15 // 9:02 PM

 GMI ni tempatnya sangat rupa dari khabar, bukan indah khabar dari rupa k. Saya share ni bukannya nak menunjuk yang saya ni belajar kat sini tapi nak share untuk korang adik-adik atau siapa siapa lah yang terima tawaran ke GMI ni bahawasanya tak rugi satu sen pun kalau daftarkan diri kat sini.

hotel yang berdekatan dengan GMI ialah hotel Gateway Bangi Hotel dan satu lagi Boutique Hotel.. lebih kurang 10 minit lah nak datang ke GMI kot.Pastu GMI ni dekat je dengan KTM , so mudah lah kalau nak g jalan jalan. GMI sediakan van untuk students yang nak pergi ke KTM dengan bayaran 2 ringgit sahaja. 

Bla..bla.. disebabkan students ambilan julai ni ramai so orientation hanya 3 hari je.. duduk dalam dewan je. syukur.. kalau tak meringkuk dalam hutan.


pastu.. hostelnya okay.. ada kemudahan macam lift , dobi dan sebagainya. Satu bilik 6 orang. tapi jangan fikir macam ikan sardin..noo.. biliknya besar pastu ada pembahagi setiap sorang.SO sangat privacy dan tandasnya ada dalam bilik je, takyah takut untuk kencing malam :P. 


*my room*

seterusnya.. bagi yang berkehendak dan berazam untuk ke kluar negara seperti Jerman,Australia dan UK.. mestilah mendapat CGPA 3.5 keatas.. in sya allah . Cara belajar kat sini 20% teori 80% praktikal.. dah habis diploma , students akan dihantar ke tempat kerja yang sebenar untuk belajar social skill dan masa tu lah peluang untuk mendapat kerja. Itu sahaja yang saya mampu share.. doakan saya berjaya di sini in sya allah, amin. 

GMI EXCELLENT, ZASS!

DANKE~

tuto : remove ad from google chrome
Posted 6/28/15 // 12:50 AM
GET RID OF STUPID AD.

1) Open google crome

2) Click your setting > extensions > get more extensions


3) search "ADBLOCK" and click add to crome

4) ENJOY !

p/s : you can reset your chrome settings and then try again.
if this also doesn't work then just re-install your browser and try to add the plugin again. it will work.
one day
Posted // 12:32 AM


tq sebab memandang rendah, suatu hari nanti aku buktikan. :P
bae KPOP bae
Posted 6/26/15 // 4:25 AM


KPOP ! kenapa semua suka KPOP sedangkan kita dengar lagu tapi tak faham maksud! search translationnya barulah faham. untuk yang tak suka KPOP mari saya nak bagitahu kenapa kami peminat KPOP suka KPOP. lol..

  sebab pertama : 
lagunya CATCHY


maknanya sekali dengar rentak lagunya, kita rasa nak menari sekali. WUHUUU~

sebab kedua:
tariannya AH YEAH


kebaboooomm, sampai tak tahu nak masuk fanclub mana satu.Macam saya mula-mula super junior pahtu SHinee pahtu Mblaq pahtu 2pm pahtu exo pahtu btob pahtu BTS. -___- last sekali minat belaka. 

sebab ketiga :
mereka RANDOM!


we are BORN TO BEAT.

sebab keempat:
mereka KELAKAR



kesian...

sebab kelima :
mereka HOT.




C.R.A.Z.Y

sebab keenam:
mereka CUTE



omo.omo

sebab terakhir :
mereka STYLE


 we love KPOP and kami minat berpada-pada. SO,



Tuto : letak butang follow insta
Posted 6/23/15 // 6:50 AM

EHEMM.. hari ini saya akan berkongsi satu tutorial yang pasti korang nak walaupun taknak. sebab rasanya semua blogger pada hari ini ada insta belaka. Jadi kalau nak..boleh try~



1) buka template korang, dan copy code dibawah

<center><a style=" font: normal normal normal 11px/18px 'Helvetica Neue',Arial,sans-serif; position: relative; background-color: #F8F8F8; background-image: -webkit-gradient(linear,left top,left bottom,from(#fff),to(#dedede)); background-image: -moz-linear-gradient(top,#fff,#dedede); background-image: -o-linear-gradient(top,#fff,#dedede); background-image: -ms-linear-gradient(top,#fff,#dedede); background-image: linear-gradient(top,#fff,#dedede); border: #CCC solid 1px; -moz-border-radius: 3px; -webkit-border-radius: 3px; border-radius: 3px; color: #333; -webkit-user-select: none; -moz-user-select: none; -o-user-select: none; user-select: none; cursor: pointer; height: 18px; max-width: 98%; overflow: hidden; border-image: initial;color: #333; cursor: pointer; font-weight: bold; text-decoration: none; text-shadow: 0 1px 0 rgba(255, 255, 255, .5); padding:4px; top:3px; " href="https://instagram.com/USERNAME INSTA/" target="_blank" title="@websta websta| Instagram Web Viewer"><span style=" position: absolute; top: 50%; left: 4px; margin-top: -7px; width: 16px; height: 16px; background: transparent url(http://widget.websta.me/img/websta_followicon.png) 0 0 no-repeat; background-image: url(http://widget.websta.me/img/websta_followicon.png); background-repeat-x: no-repeat; background-repeat-y: no-repeat; background-attachment: initial; background-position-x: 0px; background-position-y: 0px; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; "></span><span class="label" style="padding: 0 3px 0 19px;"><span style="color:#333; !important">Follow</span> <span style="color:#333; !important">@USERNAME INSTA</span></span></a></center>
2) Paste kat tempat korang nak letak, pahtu save. 

p/s : Good luck.

PLKN , best ke?
Posted // 6:31 AM

hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya di PLKN walaupun dah basi dan berabad.Katanya PLKN akan diupdate ke versi lebih baru , maknanya pada zaman aku ianya versi lama. Jadi untuk adik adik yang berazam untuk tidak ke PLKN baik jangan berazam lagi kerana ia akan jadi sebaliknya. Okay, setelah pengumuman mengenai siapakah calon plkn sesi 1 2015 ni dikeluarkan aku menangis tergolek atas lantai kerana terlalu frust. 

Seriusnya, aku memang TAKNAK pergi.Tapi nak buat macam mana nasi dah jadi bubur,takleh tolak tolak nanti kena penjara atau bayar. Bagi mak bapak yang kaya tak apa,mereka bayar duit demi anak yang tercinta. TAPI ! adik adik yang tengah menangis baca ni sebab terpilih baik takyah menangis sebab tangisan anda kerana ADA ORANG KATA PLKN NI :

NANTI JADI GEMUK
AKTIVITI LASAK SAMPAI PENGSAN
KAWAT TENGAH PANAS
MUKA HITAM BURN 
TAK CUKUP TIDUR
BLA BLA

ni semua mulut orang yang tak pernah pergi sana, saya sudah proofkan kat kawan kawan saya sampai diorang tak percaya aku pernah ke PLKN. boo ya. okay, saya dah bersedia nak mulakan cerita ni...

ok, masa tarikh nak pergi.. semua kumpul kat tempat naik bas masing-masing.masa tu korang memang takkan cam siapa-siapa yang satu group dari daerah korang sebab sibuk debar n sedih tinggal rumah.huhuhu. tapi better korang cam lah senang yang sama jantina tu sebab senang kalau korang tak biasa cakap nge orang luar,boleh cakap nge se grup korang. OH YA, barang yang perlu korang bawa , memanglah 3 bulan tapi korang tak payah bawa banyak sangat baju sebab 98% korang akan pakai baju PLKN je. n pastikan bawa baju kurung comel-comel sebab banyak majlis diadakn, masa tulah fashion shownya. 

macam saya ni berasal dari Kemaman Terengganu, saya dikenakan kat PLKN J*** BESUT. okay, setelah beberapa jam,akhirnya sampai.


tempatnya lapang dan hutan keliling anda. Anda akan disuruh membawa beg anda ke tempat daftar.Masa tulah korang akan kenal cikgu cikgu PLKN anda dan masa tulah korang akan bersedia untuk dijerkah. INGAT YA, JANGAN BAWA MAGGI N BENDA TAJAM.Hair dryer pun tak boleh, kalau nak kena jerkah bawa r. sebab kat sini cikgu semuanya akan pura-pura jadi kejam konon nak disipilinkan kita semua ni. Masa tu korang akan dibahagikan kepada kumpulan.

iaitu ALFA, BRAVO , CHARLIE dan DELTA. nasib r kena yang mana satu. saya dipilih untuk ke group CHARLIE 1. dah siap daftar, masuk lah ke dorm anda untuk simpan barang.. masa tulah korang akan jumpa manusia dari pelbagai daerah,negeri dan perangai. Banyakkan bersabar kalau satu dorm dengan manusia perangai pelik ya. 

kat PLKN ni korang kena makan 6 kali sehari rasanya, tapi bergantung pada korang nak makan ke taknak.pihak PLKN  tak pernah paksa cuma kalau ada aktiviti yang berat makanlah semahu yang boleh. Dalam PLKN ni juga dah sediakan klinik, kalau korang sakit..bila-bila masa je boleh ke klinik secara berdikari. 

lepas tu, setiap ahad hingga khamis akan ada kelas pada waktu pagi pukul 8-12 . Kelas ? korang jangan fikir kelas yang korang belajar kat sekolah tu.Kat sini korang akan jadi kanak kanak riang sambil belajar dengar lagu ada tu siap menari lagi. Jadi masa tu lah akan keluar true colour semua orang, perangai budak-budak keluar belaka !.  saya suka waktu kelas.. dan saya masih rindu dengan group2 saya . 

cuti? hari jumaat korang akan cuti.. tapi tak outing lah. tidur lah dalam dorm tu dari pagi sampai petang. Hari sabtu hari untuk bertemu dengan family.. kalau nak makan makanan sedap,masa tulah.. oh ya, terlupa.. setiap pagi , petang dam malam akan ada ro-call.. ianya membosankan sebab kena bediri lama selagi manusia lain tak ready. 

KALAU outing.. dikira outing lah bagi saya, iaitu waktu membantu mangsa banjir. Kalau dari besut,kami akan pergi ke Kelantan. besttt.. sumpah best nak nangis rasa. haha. pahtu pergi lawat muzium lah , bomba lah.. walaupun dah kerap pergi muzium tu..apa salahnya bergembira. namanya macam outing bagi PLKN . 


disebabkan PLKN ni nak ajar kita lebih berani,berdaya saing dan bekerjasama. banyak pertandingan diadakan macam pertandingan mereka bendera , masa tulah korang kenal satu sama lain dari group anda. pahtu pertandingan merdeka (korang kena berlakon) , pertandingan kesusasteraan ( bersajak sambil berlakon, menyanyi seloka dan sajak solo) , pertandingan maulidur rasul.. dan akhir sekali MAJLIS PENUTUP. masa tulah akan menangis sebab dia tayang balik benda kita buat dari awal sampai akhir. masa tulah dari yang gedik nak balik jadi taknak balik. 



bagi kumpulan 1 , sebab waktu hujan bulan 12.. banyak aktiviti tangguh.. so yang sempat buat menembak, flying fox n tak ingat satu lagi apa dan kembara halangan. best, keberanian yang dilatih selama ni semua keluar kat celah tu.pahtu berkhemah.. lepas pasang semua khemah korang boleh relek dalam khemah sampai malam.. kalau xnak join akitiviti (memasak, rawatan kecemasan). pahtu malam nak tidur pun ada aktiviti lagi dan bagi saya ianya sangat menganggu waktu tidur. last sekali, usah risau.. korang akan disuruh tidur dalam dorm balik. 

tiap tiap pagi ada kawad, tapi kawadnya hanya senang diri dan sedia. tu je.. tak susah pun. lepas kawad sikit tu..korang akan bersenam robik.. sambil dengar lagu. yang tu best tu.

itu sahaja.. semoga adik adik yang akan ke PLKN TU . jangan risau. semuanya best.. selain fizikal terjaga.. rohani anda juga terjaga..solat 5 waktu kali secara berjemaah. HAVE FUN.
oh ya lupa, jangan mudah tergoda dengan lelaki botak PLKN.. sebab diorang tu dalam kem je ianya dipanggil terdesak. semuanya dah ada masing2.. cuma menggatal je. REMEMBER THAT.



p/s : ter-taip panjang lah pula.
muka memang burn sikit, balik PLKN tu pergilah buat treatment sikit. huhu~
nak maintain badan, makan tu kawal jelah macam biasa




doodle request
Posted 2/15/13 // 4:34 PM
  
 Tumblr_mhtw8qqsin1rm8b3lo1_500_large
 
hai dan selamat pagi, bagi yang request doodle sila hantar semula request korang dan tunggu sampai page keempat. emmm, bagi nur zahirah , tolong bagi link blog untuk memudahkan saya cari anda. hehehe. mohon beri kerjasama :)


p/s : nak request, maybe jumaat atau sabtu saya tunaikan. tapi ikut mood.hahahaha
freebies doodle bersila
Posted 2/11/13 // 7:55 AM

hye dan selamat malam kalau ada sesiapa berminat nak ambil doodle ni bolehlah, 
doodle ni aku sudah gunakan pada header yang lepas. *maknanya second hand lah ?
 tutup blog aku*. ish3, tak baik macam tu. hahaha. sebelum tu ada pantun ni

main bola ,
guna kasut tin,
dan pandai guna,
silalah komen

klik image dan save image as*

p/s : maaf ye, satu warna je yang ada. stock warna dah habis.
CLB Berwajah Baru
Posted // 7:44 AM

hai dan selamat malam ! maybe malam ni malam terakhir aku untuk mencurahkan air tangan ke blog aku ni. fuyooooooo, sah sakit mata korang tengok blog baru aku ni . meneleh  .sebab sakit mata tengok terlalu banyak PINK DAN PINK ! .welll, blog ialah tempat meluahkan warna kegemaran dan segala isi-isi hati dari kotor dan bersih. dan semoga sepanjang aku berblog ni tak ada sebarang ciptaan rompak header dan isi kandungan . 

blog aku juga sudah lama menyepi kosong tiada orang dah nak mari jenguk blog bunny ni. uwekkk uwekkk. insyaallah aku akan menggunakan anugerah yang tuhan beri untuk menarik minat semula pengunjung2. dimanakah pengunjung setia ? hahahahahhaa. ini semua poyo belaka. krek* ayat2 dramatis selalu digunakan dalam dunia blog. BLOG ITU SUSAH SEBAB ADA CODE. tanpa pengetahuan , tak akan jadi indah blog korang tu. kah kah kah. merapu~ 

*beri laluan kepada iklan*

setelah beberapa lama memendam rasa ingin berblogging. akhirnya tertunai dan inilah hasilnya !!!!!!!!! taraaaaaaaa.........



p/s : mohon tak sakit mata



tuto : Recent Comments
Posted 2/10/13 // 2:34 AM


modern template 

1. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/Javascript
2) copy code dibawah

<div style="width:ancho;height:200px;overflow:auto; ">
<script style=text/javascript src=http://www.freewebs.com/filer/blogger/rc1blogger.js ></script><script style=text/javascript >var a_rc=5;var m_rc=false;var n_rc=true;var o_rc=100;</script><script src=URL BLOG KORANG/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=showrecentcomments ></script><style type=text/css>  .rcw-comments a {text-transform: capitalize;} .rcw-comments {border-bottom: 1px dotted; padding-top: 7px!important; padding-bottom: 7px!important;} </style>
</div>
3) URL BLOG ORANG ( ubah kepada url blog korang )

classic template/blogskin

hanya paste di ruangan yang korang nak letak 
Setia Hujung Nyawa doodle
Posted // 2:08 AM

hye dan selamat petang ! aumm.. hari ni 10 Februari 2013 aku baru menjinakkan jari jemari untuk mengupdate blog aku yang tak seberapa indah ini. tutup muka* . fuyooooo, sepanjang au bercuti daripada membuka blog, malaysia tengah hangat dengan drama slot akasia di tv3 tu iaitu 'Setia Hujung Nyawa' . Sebenarnya hati ku langsung tidak berminat dengan drama-drama ni, tapi selepas tengok Setia Hujung Nyawa ni , aku ikut dari awal hingga habis. lul lul lul. jadi saya melukis lah doodle pelakonnya yang awesome tu. maaf ye Ikram takde.. Zain nge Ersalina je datang photoshoot ni..

TARAAAAA!

AL-MAKLUMLAH , diorang asyik pakai baju warna sama je~

p/s : capital 'k' laptop tak betul . 

hadiah sponsor
Posted 2/4/13 // 5:49 AM
 
aduhaiiii !!! sorry sangat-sangat sebab lambat tunaikan yang apa byla dah sponsor.. setakat ni ada 3 orang dah rujuk nge byla.hahahahhaa. jadi buat untuk diorang je, byla dimaklumkan ada 8 orang ??? kalau pemenang lain nak rujuk bagitahu lah ya, tapi please minta masa cuti sekolah, waktu sekolah byla sibuk.hehehehe. sila faham

Nama : Cik aishah
Link blog : http://sayaaishah92.blogspot.com
nama : mieza
link blog : http://kekapasberceloteh.blogspot.com

Nama : Angel Love Soldier
Link Blog : http://angellovesoldier.blogspot.com/
 
sorrylah sebab hasil kurang memuaskan , tangan baru nak panas melukis maklumlah dah lama tak melukis . uwaaaaaa!!!! MAAF TAK COMEL.
 
PERHATIAN : ANDA TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL SEBARANG DOODLE DIATAS KECUALI NAMA PEMILIK DIATAS. MENCURI NAMANYA BERDOSA*
Since 2012