FT ISLAND di Malaysia !
Posted 12/30/11 // 10:51 PM
FT-Island626-(1).jpg

FTISLAND, boy band paling terkenal di Korea akan mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia! Konsert yang julung kali diadakan ini diberi nama 2012 Play! FTISLAND Concert in Malaysia dan akan diadakan pada 14 Januari 2012 di Stadium Negara pada jam 8:30 malam. Konsert ini merupakan konsert kedua selepas siri jelajah konsert mereka di Jepun dalam negara-negara Asean.

FTISLAND sangat popular di Jepun dan telah menerbitkan banyak album termasuklah album debut mereka "Five Treasure ISLAND".

Dianjurkan oleh Square Roots Sdn Bhd, anda boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM138 (P3), RM248 (P2), RM368 (P1) and RM468 (Rock Zone) bermula 9 Disember 2011 dan dijual oleh iLasso di talian 03-7957 6088. Anda juga boleh mendapatkan tiket melalui laman web www.ilassotickets.com.

Bukan itu sahaja! Anda juga boleh memenangi sepasang tiket di laman web kami www.era.fm dan seorang pemenang bertuah dengan jawapan yang betul dan slogan terbaik akan memenangi sepasang pas temu-jabat!

Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan dan lengkapkan slogan berdasarkan klip video Love Love Love yang dipaparkan di dalam halaman peraduan. 




p/s : k,k peraduan sememangnya menakutkan ! kenapa perlu ada peraduan!T_T

credit : erafm
2 Comments:
Anonymous Anonymous said...

wow Ft Island ! My hongki ! aww~ ><"

December 30, 2011 at 11:09 PM  


Blogger creamlovebunny said...

yeah :D

December 31, 2011 at 2:31 AM  


Post a Comment

... Back to the blog?

Since 2012