novel : kau aku
Posted 12/14/12 // 5:58 AM
  ' Kring ! kring ! ' jam berbunyi menandakan waktu rehat bagi pelajar-pelajar sekolah Menengah Setia . Semua pelajar macam semut bergerak ke kantin sekolah untuk mengisi perut mereka masing-masing . Namun hanya dua orang pelajar sahaja yang masih tidak berganjak punggungnya dari tempat duduknya.

  "Salehah ! kau kau nak pergi rehat tak ?" tanya kawannya yang tinggi lampai itu , muka seiras pakistan sikit . sekali pandang , mungkin anak orang kacukan, namanya Aswani . "malaslah tak lapar, kalau kau nak pergi makan. pergilah dulu" jawab Salehah . "okey, kau jangan menyesal pula sebab tak makan" . Tinggallah Salehah keseorangan di dalam kelas . Salehah termenung sambil mengeluarkan sepucuk surat dari bawah mejanya . "entah siapalah yang berikan ini" berbisiknya sendirian lalu menggumpalnya dan campak terus ke dalam tong sampah . 

 Salehah seorang pelajar biasa tidak terlalu pendek atau tinggi . Tidak secantik rakan-rakannya yang lain . Tidak terlalu bijak dan hanya mampu mengisi nama dalam senarai top 20 terbaik. Dia berfikir sejenak apa keistimewaannya sehingga lelaki itu berminat kepadanya. Lelaki yang menghantar surat kepadanya sering mengirimkan salam kepada Salehah . Salehah menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu . Terfikir juga olehnya untuk ingin mengenali lelaki itu. 

  Tanpa disedari Salehah, tingkah lakunya diperhatikan oleh seorang lelaki dari kelas hadapannya. Lelaki itu berganjak dari tempat duduknya dan bergerak ke arah Salehah . "Hai !" tersentak Salehah setelah mendengar seorang lelaki menegurnya. "Kau siapa ?" tanya Salehah kebingungan. "Aku Miza, akulah yang hantar surat ke kau tu . Tadi aku nampak kau buang surat tu" .Salehah terkejut dengan pengenalan dirinya "oh , kau rupanya ? kau kenal mana aku ?" tanya Salehah. "aku kenal kau dari kawan aku , aku suka kau" . Tidak sempat Salehah membalasnya , Aswani masuk ke kelas dan berkata "woi woi , kena tangkap basah" . Miza tersenyum lalu keluar dari kelas Salehah. 

  "Agak-agaklah Wani , budak lelaki tu datang minta penyapu je" Salehah jawab dengan nada yang tegas . Muka Salehah agak kemerahan sedikit , tergiang-ngiang di telinganya perkataan 'aku suka kau' . Aswani ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh Salehah dan sambung mengusiknya lagi "Eleh, minta penyapu atau minta hati kau ? Lehah oh Lehah!". Salehah terkedu dan mengetuk kepala Aswani "diamlah kau" . Aswani ketawa dan terus ketawa sahaja.

  Waktu belajar bagi separuh masa kedua bermula , cikgu Ros masuk ke kelas dengan ayunya. Ketua kelas tidak hadir ke kelas , terpaksalah Salehah selaku penolong kelas mengeluarkan suaranya. "Bangun semua! Assalamualaikum Cikgu! " . rakan sekelas lain mengikutnya .Cikgu Ros menganggukkkan kepalanya dan jawab "Waalaikummusalam, duduk lah" . Semua pelajar duduk dan kembali riuh seperti biasa walaupun tahu cikgu berada di dalam kelasnya . "Lehah ! mari sini sekejap" panggil cikgu Ros dengan nada yang lembut . 

  "Ya cikgu , ada apa ?" Salehah mengerutkan keningnya . "Pergi ke kelas 3 Unik dan ambil buku kehadiran cikgu atas meja, cikgu tertinggal" . "okey cikgu" . Salehah panggil Aswani untuk menemaninya . Berjalanlah mereka ke kelas yang dituju . Sampai sahaja di pintu kelas 3 Unik , Salehah nampak Miza berada di dalam kelas itu . Tiba-tiba sahaja timbul perasaan malu dalam dirinya. "Wani , kau lah pergi masuk . aku tunggu luar" . Aswani mengikut sahaja katanya lalu mengetuk pintu kelas 3 Unik sambil memberi salam . 

  "pewet ! awek lawa depan tu" bunyi siulan kedengaran dari lelaki kelas 3 Unik  . Aswani memang tidak dapat dinafikan kecantikkannya . Ramai peminat lelaki di luar sana tidak kira tua atau muda . Maklumlah sudah badan tinggi , putih melepak pula. Lain pula ceritanya tentang fizikal Salehah. Cikgu di dalam kelas itu menjawab " waalaikummusalam , ya ada apa ?" "saya nak minta izin cikgu untuk ambil buku kehadiran atas meja itu" . "okey, ambillah " jawab cikgu Idayu sambil tersenyum.Salehah yang berada di luar kelas tadi dilihat tingkah lakunya oleh Miza. Pandang sahaja muka Salehah mampu membuatkan Miza tersenyum ke telinga. 

  Salehah sedar dengan pandangan Miza dari awal hingga akhir namun berpura-pura tidak menyedarinya . Berbisiknya dalam hati "Kenapa lah dengan lelaki itu , gila ke apa tengok aku dari tadi. Wani depan tu lagi cantik taknak pandang pula" . Aswani pun keluar dari kelas itu sambil memegang buku yang diamanahkan . "Jom lah Lehah, dah ambil ini" . Sedang perjalanan ke kelas asalnya , Selehah memulakan perbualan "Wani, kau kenal Miza? " . Wani sambil tersenyum menjawab "ya , kenal . adik angkat abang aku dulu" . Salehah terkejut dan bertanyakan lagi macam seorang wartawan "adik angkat Shakir ? biar betul . Serius ?" Aswani jawab dengan tenang "Ya lah Lehah oi, abang aku tu otak dia tak betul . adik angkat sepatutnya perempuan ambil lelaki" 

  Salehah ketawa "Bukan sebab tak betul otaknya , maklumlah kau sahaja adiknya" Aswani berhenti langkahnya "Kenapa tiba-tiba kau nak tahu pasal Miza tu? minat ya ?" sambil cuit bahu Salehah . Muka Salehah kemerahan "Eee, tanya pun tak boleh ? satu lagi soalan ni , apa pendapat kau tentang Miza? " Aswani meneruskan langkahnya "biasa sahaja , tapi aku dengar dari abang aku dia tu ramai peminat kakak senior . Konon muka babyface lah, euw" Salehah ketawa dengan jawapan yang diberikan Aswani . "Hahaha, babyface ? hahaha" . Tanpa disedari sudah sampai ke kelasnya dan mereka meneruskan pembelajaran seperti biasa.

akan bersambung~




  
3 Comments:
Blogger Alyn Hyunnie said...

lagi lagi?! cant wait ! hehe

December 14, 2012 at 6:21 AM  


Blogger creamlovebunny said...

hahha, oloh.. alyn aje peminat setia :P

December 14, 2012 at 6:41 AM  


Blogger Alyn Hyunnie said...

hahaha XD

December 14, 2012 at 6:41 AM  


Post a Comment

... Back to the blog?

Since 2012