PLKN , best ke?
Posted 6/23/15 // 6:31 AM

hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya di PLKN walaupun dah basi dan berabad.Katanya PLKN akan diupdate ke versi lebih baru , maknanya pada zaman aku ianya versi lama. Jadi untuk adik adik yang berazam untuk tidak ke PLKN baik jangan berazam lagi kerana ia akan jadi sebaliknya. Okay, setelah pengumuman mengenai siapakah calon plkn sesi 1 2015 ni dikeluarkan aku menangis tergolek atas lantai kerana terlalu frust. 

Seriusnya, aku memang TAKNAK pergi.Tapi nak buat macam mana nasi dah jadi bubur,takleh tolak tolak nanti kena penjara atau bayar. Bagi mak bapak yang kaya tak apa,mereka bayar duit demi anak yang tercinta. TAPI ! adik adik yang tengah menangis baca ni sebab terpilih baik takyah menangis sebab tangisan anda kerana ADA ORANG KATA PLKN NI :

NANTI JADI GEMUK
AKTIVITI LASAK SAMPAI PENGSAN
KAWAT TENGAH PANAS
MUKA HITAM BURN 
TAK CUKUP TIDUR
BLA BLA

ni semua mulut orang yang tak pernah pergi sana, saya sudah proofkan kat kawan kawan saya sampai diorang tak percaya aku pernah ke PLKN. boo ya. okay, saya dah bersedia nak mulakan cerita ni...

ok, masa tarikh nak pergi.. semua kumpul kat tempat naik bas masing-masing.masa tu korang memang takkan cam siapa-siapa yang satu group dari daerah korang sebab sibuk debar n sedih tinggal rumah.huhuhu. tapi better korang cam lah senang yang sama jantina tu sebab senang kalau korang tak biasa cakap nge orang luar,boleh cakap nge se grup korang. OH YA, barang yang perlu korang bawa , memanglah 3 bulan tapi korang tak payah bawa banyak sangat baju sebab 98% korang akan pakai baju PLKN je. n pastikan bawa baju kurung comel-comel sebab banyak majlis diadakn, masa tulah fashion shownya. 

macam saya ni berasal dari Kemaman Terengganu, saya dikenakan kat PLKN J*** BESUT. okay, setelah beberapa jam,akhirnya sampai.


tempatnya lapang dan hutan keliling anda. Anda akan disuruh membawa beg anda ke tempat daftar.Masa tulah korang akan kenal cikgu cikgu PLKN anda dan masa tulah korang akan bersedia untuk dijerkah. INGAT YA, JANGAN BAWA MAGGI N BENDA TAJAM.Hair dryer pun tak boleh, kalau nak kena jerkah bawa r. sebab kat sini cikgu semuanya akan pura-pura jadi kejam konon nak disipilinkan kita semua ni. Masa tu korang akan dibahagikan kepada kumpulan.

iaitu ALFA, BRAVO , CHARLIE dan DELTA. nasib r kena yang mana satu. saya dipilih untuk ke group CHARLIE 1. dah siap daftar, masuk lah ke dorm anda untuk simpan barang.. masa tulah korang akan jumpa manusia dari pelbagai daerah,negeri dan perangai. Banyakkan bersabar kalau satu dorm dengan manusia perangai pelik ya. 

kat PLKN ni korang kena makan 6 kali sehari rasanya, tapi bergantung pada korang nak makan ke taknak.pihak PLKN  tak pernah paksa cuma kalau ada aktiviti yang berat makanlah semahu yang boleh. Dalam PLKN ni juga dah sediakan klinik, kalau korang sakit..bila-bila masa je boleh ke klinik secara berdikari. 

lepas tu, setiap ahad hingga khamis akan ada kelas pada waktu pagi pukul 8-12 . Kelas ? korang jangan fikir kelas yang korang belajar kat sekolah tu.Kat sini korang akan jadi kanak kanak riang sambil belajar dengar lagu ada tu siap menari lagi. Jadi masa tu lah akan keluar true colour semua orang, perangai budak-budak keluar belaka !.  saya suka waktu kelas.. dan saya masih rindu dengan group2 saya . 

cuti? hari jumaat korang akan cuti.. tapi tak outing lah. tidur lah dalam dorm tu dari pagi sampai petang. Hari sabtu hari untuk bertemu dengan family.. kalau nak makan makanan sedap,masa tulah.. oh ya, terlupa.. setiap pagi , petang dam malam akan ada ro-call.. ianya membosankan sebab kena bediri lama selagi manusia lain tak ready. 

KALAU outing.. dikira outing lah bagi saya, iaitu waktu membantu mangsa banjir. Kalau dari besut,kami akan pergi ke Kelantan. besttt.. sumpah best nak nangis rasa. haha. pahtu pergi lawat muzium lah , bomba lah.. walaupun dah kerap pergi muzium tu..apa salahnya bergembira. namanya macam outing bagi PLKN . 


disebabkan PLKN ni nak ajar kita lebih berani,berdaya saing dan bekerjasama. banyak pertandingan diadakan macam pertandingan mereka bendera , masa tulah korang kenal satu sama lain dari group anda. pahtu pertandingan merdeka (korang kena berlakon) , pertandingan kesusasteraan ( bersajak sambil berlakon, menyanyi seloka dan sajak solo) , pertandingan maulidur rasul.. dan akhir sekali MAJLIS PENUTUP. masa tulah akan menangis sebab dia tayang balik benda kita buat dari awal sampai akhir. masa tulah dari yang gedik nak balik jadi taknak balik. 



bagi kumpulan 1 , sebab waktu hujan bulan 12.. banyak aktiviti tangguh.. so yang sempat buat menembak, flying fox n tak ingat satu lagi apa dan kembara halangan. best, keberanian yang dilatih selama ni semua keluar kat celah tu.pahtu berkhemah.. lepas pasang semua khemah korang boleh relek dalam khemah sampai malam.. kalau xnak join akitiviti (memasak, rawatan kecemasan). pahtu malam nak tidur pun ada aktiviti lagi dan bagi saya ianya sangat menganggu waktu tidur. last sekali, usah risau.. korang akan disuruh tidur dalam dorm balik. 

tiap tiap pagi ada kawad, tapi kawadnya hanya senang diri dan sedia. tu je.. tak susah pun. lepas kawad sikit tu..korang akan bersenam robik.. sambil dengar lagu. yang tu best tu.

itu sahaja.. semoga adik adik yang akan ke PLKN TU . jangan risau. semuanya best.. selain fizikal terjaga.. rohani anda juga terjaga..solat 5 waktu kali secara berjemaah. HAVE FUN.
oh ya lupa, jangan mudah tergoda dengan lelaki botak PLKN.. sebab diorang tu dalam kem je ianya dipanggil terdesak. semuanya dah ada masing2.. cuma menggatal je. REMEMBER THAT.



p/s : ter-taip panjang lah pula.
muka memang burn sikit, balik PLKN tu pergilah buat treatment sikit. huhu~
nak maintain badan, makan tu kawal jelah macam biasa




Since 2012