GMI
Posted 7/24/15 // 9:02 PM

 GMI ni tempatnya sangat rupa dari khabar, bukan indah khabar dari rupa k. Saya share ni bukannya nak menunjuk yang saya ni belajar kat sini tapi nak share untuk korang adik-adik atau siapa siapa lah yang terima tawaran ke GMI ni bahawasanya tak rugi satu sen pun kalau daftarkan diri kat sini.

hotel yang berdekatan dengan GMI ialah hotel Gateway Bangi Hotel dan satu lagi Boutique Hotel.. lebih kurang 10 minit lah nak datang ke GMI kot.Pastu GMI ni dekat je dengan KTM , so mudah lah kalau nak g jalan jalan. GMI sediakan van untuk students yang nak pergi ke KTM dengan bayaran 2 ringgit sahaja. 

Bla..bla.. disebabkan students ambilan julai ni ramai so orientation hanya 3 hari je.. duduk dalam dewan je. syukur.. kalau tak meringkuk dalam hutan.


pastu.. hostelnya okay.. ada kemudahan macam lift , dobi dan sebagainya. Satu bilik 6 orang. tapi jangan fikir macam ikan sardin..noo.. biliknya besar pastu ada pembahagi setiap sorang.SO sangat privacy dan tandasnya ada dalam bilik je, takyah takut untuk kencing malam :P. 


*my room*

seterusnya.. bagi yang berkehendak dan berazam untuk ke kluar negara seperti Jerman,Australia dan UK.. mestilah mendapat CGPA 3.5 keatas.. in sya allah . Cara belajar kat sini 20% teori 80% praktikal.. dah habis diploma , students akan dihantar ke tempat kerja yang sebenar untuk belajar social skill dan masa tu lah peluang untuk mendapat kerja. Itu sahaja yang saya mampu share.. doakan saya berjaya di sini in sya allah, amin. 

GMI EXCELLENT, ZASS!

DANKE~

Since 2012