Blog ?
Posted 2/4/17 // 1:09 AM
Okey, mula-mula nak cakap yang tak semua boleh jadi blogger sejati termasuk aku. Kalau diikutkan , zaman berblogging ni dah tak berapa famous sekarang. Banyak blogger-blogger dah delete diorang punya blog, tak leh nak log in masuk la.. aku hari tu pun nyaris tak boleh buka. Tak ingat email dan password punya pasal, Mujur tiba-tiba dapat ilham dan mampu berblogging macam sekarang.
Firstly, apa itu blog ?
blog ni tempat korang boleh taip apa sahaja korang suka biarlah visitor korang tak baca , ke baca ke.Lantaklah, janji korang happy dapat share apa korang nak. Orang yang tak suka bercerita banyak dari mulut sesuai lah guna blog ni. haha. Aku tak reti sangat pun nak bercerita dengan orang, banyak skip jalan cerita, siapa yang selalu dengar aku bercerita tu memang akan bosan. Jadi blog ni memang sesuai untuk aku. kah kah
Apa yang best tentang blog ?
Emmm, apa yang bestnya.. selain sharing cerita.. korang boleh edit blog korang dengan apa design korang nak. Akan mengasahkan kreativiti korang lah~ dulu aku main blog ni saja saja je, tak tahu pun coding tu apa, main hentam je. Dah jadi ketentuan aku, masuk sambung belajar ambil jurusan Electronic and Information Technology. Tak terkejut pun, banyak coding dari blog ni membantu aku dalam bidang tu.
Berapa tahun dah blog creamlovebunny hidup ?
Nak jadikan sejarah blog aku dah hidup dari 2012, sampai buruk jadi indah. dari tak tahu apa-apa sampai tahu fungsinya. Pelbagai tutorial yang aku buat untuk blogger lain, free doodle, free template, upah buat design blog, giveaway dan contest. Tak sangka T_T . terima kasih pada orang-orang lama yang telah support blog aku dulu.
p/s : Rasanya tu je kot, aku nak share setakat ni.. terima kasih semua~ bye
|
Since 2012
|
0 Comments:
Post a Comment
... Back to the blog?